Mengenai Kami

Rakan kongsi kami mempunyai pengalaman korporat dan perundangan yang komprehensif. Peguam kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Rakan Kongsi Kami

Heng Chin Lai

Heng Chin Lai

Rakan Kongsi Pengurusan

Sebelum menceburi amalan guaman, beliau memegang jawatan kanan dalam bidang kewangan dan pengurusan dalam syarikat swasta dan syarikat tersenarai awam dan mempunyai pengalaman korporat yang luas. Beliau mengendalikan pelbagai kerja guaman serta memberi nasihat kepada klien mengenai pelbagai isu perundangan.

Vinoben A/L Mathiavaranam

Vinoben A/L Mathiavaranam

Rakan Kongsi — Litigasi

Beliau telah berjaya mengendalikan pelbagai kes yang kompleks, termasuk kes di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Beliau juga mahir dalam mengenal pasti fakta dan struktur yang rumit serta mempunyai kebolehan merangka strategi yang inovatif dan berkesan. Beliau berkemahiran tinggi dalam menjangka hujahan balas serta mahir dalam merumuskan strategi berkesan daripada situasi yang rumit dan kompleks untuk mencapai keputusan yang memihak kepada klien.

Heng Shook Chien, Agatha

Heng Shook Chien, Agatha

Rakan Kongsi — Pemindahhakkan & Perancangan Harta Pusaka

Beliau mengendalikan urusan pemindahhakkan, transaksi tanah, perjanjian pembiayaan, wasiat dan perancangan harta pusaka, perjanjian komersial. Beliau pandai meneliti perkara kecil dan berkeupayaan membongkarkan risiko dalam transaksi bagi melindungi kepentingan klien, dan sentiasa memaklumkan kepada klien kemas kini undang-undang dengan langkah penyelesaiannya.