Perkhidmatan Kami

HENG (Peguambela & Peguamcara) menawarkan pelbagai perkhidmatan guaman yang komprehensif, merangkumi urusan hartanah, perunding korporat, litigasi taruhan tinggi dan pengurusan harta pusaka.

Tanah & Hartanah

Amalan hartanah kami merangkumi seluruh bidang transaksi hartanah dan urusan hak milik, dengan setiap urus niaga dirangka bagi melindungi hak dan kepentingan anda.

  • Jual beli hartanah
  • Pindah hakmilik
  • Permohonan penggantian surat hakmilik yang hilang
  • Permohonan lanjutan tempoh pajakan
  • Perjanjian pembiayaan dan pinjaman
  • Pelepasan gadaian dan penyerahan semula hak milik
  • Pajakan dan Sewa Hartanah

Pengambilan Tanah

Kami membantu pemilik tanah dalam menguruskan proses pengambilan tanah oleh Kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan menguruskan prosedur notis dan prosedur tuntut pampasan yang lebih adil untuk pemilik tanah.

  • Menguruskan notis pengambilan tanah
  • Memfailkan tuntutan pampasan pengambilan tanah

Litigasi

Kami mengendalikan litigasi meliputi mengenai pelbagai bidang amalan di semua peringkat mahkamah di Malaysia.

  • Tuntutan hutang dan tuntutan pecah kontrak, litigasi sivil, korporat dan komersial
  • Pertikaian perbankan dan kebankrapan
  • Litigasi kecuaian profesional
  • Adjudikasi di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA)
  • Arbitrasi
  • Urusan tuan tanah dan penyewa
  • Pertikaian undang-undang tanah

Wasiat & Pengurusan Harta Pusaka

Kami menulis wasiat dan penyusunan wasiat untuk pewasiat serta membantu keluarga melalui prosedur perundangan pengurusan harta pusaka si mati — merangkumi proses mendapatkan perintah mahkamah sehingga aset dibahagikan kepada waris.

  • Wasiat & perancangan harta pusaka
  • Permohonan ke mahkamah untuk mendapatkan probet, surat kuasa mentadbir serta pengagihan aset kepada waris.
  • Permohonan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah (termasuk perintah jualan dan pengagihan) untuk pengurusan semua jenis aset si mati.

Syarikat & Perniagaan

Perkhidmatan perundangan korporat dan perniagaan merangkumi menyediakan perjanjian dan menstrukturkan struktur korporat untuk membantu perniagaan beroperasi, berkembang, serta menjalinkan kerjasama yang kukuh.

  • Usahasama dan perjanjian pemegang saham
  • Pemindahan saham
  • Perjanjian agensi
  • Semua jenis perjanjian korporat

Hospital, Doktor & Perunding

Kami memberi khidmat nasihat kepada pengamal perubatan dan institusi kesihatan merangka perjanjian kontrak bagi membentuk hubungan kerja dengan jelas.

  • Perjanjian kontraktor bebas

Pelabur Asing (Individu Persendirian & Syarikat)

Kami memberi khidmat nasihat dan panduan kepada pelabur asing mengenai undang-undang dan peraturan pemilikan asing di Malaysia untuk pemerolehan tanah dan hartanah, sama ada untuk tujuan peribadi mahupun perniagaan.

  • Pemerolehan hartanah persendirian tempatan
  • Penubuhan Syarikat dan memindahkan perniagaan dari luar negara ke Malaysia
  • Penstrukturan pegangan ekuiti syarikat tempatan bagi pelabur asing

Perlukan Bantuan Guaman?

Hubungi salah seorang rakan kongsi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keperluan guaman anda. Kami berusaha memberikan perkhidmatan yang jelas, praktikal dan berkesan.

Hubungi Kami